Aku dah beli bitcoin, korang bila lagi??

Bitcoin seperti mana yang diketahui, suatu matawang kripto, atau dengan kata lain, mata wang digital yang tidak dikawal mana-mana pihak. Pengguna yang tentukan naik turun harga bitcoin.

Aku suka bitcoin ni sebab sampai sekarang belum ada tanda-tanda ia dimanipulasi. Bukan macam matawang atau pun stock market kat luar sana tu. Memang hampeh. Tak pernah untung, kalau untung pun sikit je. Susah pulak tu nak untung. Tak kira lah  banyak mana ilmu korang tentang saham sekalipun. Memang tak banyak mana untung. Silap2 rugi terus.

Ada pulak sesetengah stock market ni mempunyai campur tangan kerajaan secara keterlaluan. Buktinya, kalau korang pegang satu stock dari syarikat yang sentiasa mengalami kerugian. Secara logiknya harga stock tersebut sukar naik. Tapi bila indeks dalam stock market naik mendadak, stock yang tah hapa2 ni pun ikut naik. Ape jadah nye cam tu. Kalau indeks turun tapi harga stock tersebut tak turun tak pe la jugak.

Berbalik kepada bitcoin tadi, aku tengok sekarang dah ada negara dah amal guna bitcoin untuk melakukan transaksi. Contohnya Jepun. Tapi ada juga negara yang stock market dia tah hapa2 macam aku cakap tadi, baru terhegeh-hegeh nak guna bitcoin bila tengok harga bitcoin stabil serta uptrend.Jatuh pun sikit saja, kemudian terus naik. Dasyat tak bitcoin?


Tapi takde sape pun yang tahu dengan sebenar-benarnya bilakah bitcoin ni akan crash. Bila bubble bitcoin ni akan pecah. Tak siapa yang benar2 tahu. Cuma aku boleh buat konklusi, kalau bitcoin ni crash, mungkin ketika keadaan ekonomi dunia pun crash.

Itu saja dari aku buat masa ni. Entry lain aku akan cerita tentang keuntungan yang aku peroleh daripada pelaburan bitcoin ni. Sekian dahulu.

Comments